Wednesday 31 October 2012

Review Percutian Seminggu

Hai.
Nie dah entry keberapa entah sepanjang cuti.
Esok dah nak balik Perlis.
Malasss sangat sebab takde siapa pon kat sane.
Syafiq ada program anak angkat and balik Sabtu petang.
Memang dari terminal ke Wang Ulu tu have to get taxi.
Aku bukan saje nak balik awal okay but tu je tiket yang ada.
Apela aku nak makan nanti?
Hahah.!
Sepanjang cuti, ape je aku buat?
Nothing.
Buku je belambak bawak balik.
Okay taklah belambak sangat.
Satu pun aku tak study.
Aku habiskan masa dengan YouTube.
Tidur. Makan.
Hemmm. Penyesalan.
Hahah!
Okay balik nanti harusss study.
Test Soil menanti.
Wish me luck yea :)


Buat Sehabis Baik

Hai.
Aku tak tahu tajuk entry aku ni ade kaitan dgn story nie or takde langsung.
Tapi first thing dlm kepale hotak aku bila melaluinye, ayat Buat Sehabis Baik.
Ermmm ape aku lalui?
Yea cerita di sebuah restoran di tempat aku sendiri.

First time duduk di kerusi makan tu, meja tak dikemas lagi.
Pinggan mangkuk masih bersepah.
About 5minutes jugak kitorang tunggu pelayan datang serve kami.
Then baru terkial-kial angkat pinggan and gelas.
Okay tu satu hal.
Hal yang lain.
Semua menu yang aku nak semua takde.
Fresh orange pon takde???
Memang spoil giler mood nak makan malam tu.
Errr nie restoran ke warung?
Then nasik putih yang aku order berketul-ketul.
Aku makan dah macam nak potong ayam dengan sudu je.
Biasanye kalau betul restoran, you tangkupkan nasi tu dgn mangkuk.
Bagi kemas.
Buat kerja betul-betul tak proper!
Sorry to say this!

After makan, pelayan sibuk dengan kerja lain sampai tak pandang kitorg nie yg nk mintak die tolong kirakan harga makanan.
Macam mane if ade customer yang tak jujur then trus blah???!
Haiyaaa...
Sedih betul..!
And sangat menyesal datang restoran tu..!
Chow! 
:)



Sunday 28 October 2012

Review Mid-Sem (2)

Hola !
Ermm tak tau nak tulis ape but nak review lagi about last mid-sem. :D
Bulan 9 yang lepas UniMAP mengadakan Majlis Konvokesyen yang ke-7.
And bersempena majlis tu, seminggu before konvokesyen, diadakan Festival Konvokesyen or nama singkat nye FESTKON.
Errmm aku tak dapat nak pergi tengok senior-senior yang aku kenal graduate pagi tu disebabkan hal yang tertentu.
Sorry abang-abang and kakak-kakakku :D
But aku always temankan MR.S kat gerai SUKSIS dia di FESTKON.
And time die kawad pon, aku turun jugak tengok dia and skuad :)
Amira Kay lah jadi peneman :)

with MR.S

with TAM SPIDER & KAK MAS

Well..aku seronok sangat bcz always ade dgn MR.S time die penat menguruskan aktiviti skuadnya.
Aku tak boleh tengok dia susah sorang-sorang. Heheh :)

Okay tutup cerita Festkon, bukak story pasal IFF pulak.
IFF stands for Islamic Fashion Festival yang baru-baru nie diadakan di Kangar,Perlis.
Aku tak ketinggalan untuk terlibat sama tapi bukan sebagai model yea.
Hahah.
Tapi sebagai penyambut tetamu @ pengiring tetamu.
Omaigod awesome giler bcz aku dapat jumpe dengan segerombolan artis.
Nampak tak betapa ramainye artis sebab tu gune "segerombolan". Heheh.
And aku bangga jugak sebab berpeluang bersalam dengan kerabat-kerabat diraja Perlis and Perak.
Sumpah seronok.
Gambar tak dapat diupload disebabkan hal-hal tertentu :)

Okay see yea :)















Review Mid-Sem (1)

Assalamualaikum :)
Akhirnyeeee...yea akhirnyee aku dapat update blog nie setelah beberapa lama tak online.
Maklumlah di Perlis sana tak berkesempatan langsung nak online plus aku takde broadband dah sekarang.
Huuuu :(

Ohyea now aku dah selamat memasuki semester pertame untuk tahun kedua di Unimap.
Kesibukan melampau menyebabkan aku kadang-kadang stress and nak balik rumah sesangat.
Now dah selamat berada di rumah with family tersayang untuk mid sem break :)

Banyak nak diceritakan sepanjang berada dalam semester baru ni. Heheh.
First thing yg nak diceritakan, yea now aku dah pakai Blackberry.
Seronok sangat. Bukan ape. Aku seronok sebab aku beli phone same dgn MR.S :)
Curve 9300.
MR.S pon dah tak pakai Nokia die. 
Hah BB tu pon sebenanye jadi pembakar semangat jugaklah untuk aku struggle sem ni. Heheh.

Cerita lain...ermm yea cerita pasal study aku.
Sem nie semua subject tak pernah tak membusykan aku.
Everyday adeeee je koje nye. Heheh.
Paling aku menyampah, drawing. Nak melukis tu betul2 kene ade mood.
Kalau tak, memang tak jadi laa drawing aku.
Setakat nie semua drawing aku menjadi kot.



Lagi...haa lab report.
Sem nie ade 3 subjects yang ade lab.
Bile dapat minggu yang aku kene buat tige tige lab tu, memang tak tidur lah.
Serious!
Penat sebenarnye tapi bile dah siap tu, terase kelegaan and kepuasan di situ. Tak tipu :)

Cerita lain...ermmm...ha..nak habaq mai yang duit PTPTN aku dah pun habis.
Betol2 setengah sem je boleh guna.
Teruk kan aku berbelanja tapi takpelah.
Atleast aku belanja untuk makan je.
Sem nie tak banyak sgt kot aku blanje untuk benda tak faedah. Hee :)
Baju pun aku beli yang murah-murah kat tepi-tepi jalan tu je. Hoho !
*Keterlaluan di situ.

Okay next entry >>>> :)








Thursday 6 September 2012

Im Gonna Miss U





Im gonna mishh u !

Hangout hangout hangout !

Assalamualaikum..
Alhamdulillah akhirnya tercapai hajat nak berjumpa dengan classmate mase sekolah rendah dulu :)
Qurratu and Fadhillah :)
Perangai depa masih seperti dulu. Happy sangat dapat jumpa semula tadi :)

After sekolah rendah dulu, kami 3 orang terpisah.
Qurratu di SMK Agama Pahang while Fadhillah di SMK Sri Rompin.
Aku pulak di SMK Muadzam Shah je. Heheh.
Tapi if ade mase lapang, memang kami akan jumpa.
Cume now masing-masing agak busy plus masing-masing sangat jauh.
Terutama aku.Hahah.

with Qurratu dengan minyak jagungnya. Heheh !

Now, Fadhillah study di UITM Jengka, Pahang while Qurratu sedang tunggu flightnya ke Jordan.
Further study kat negara orang tuuu. Hoho.
The flight suppose to be yesterday kot but there's some problem then it delay to maybe next Tuesday.
Yea Im sorry for her.

and Iela yang always sempoi but sweeeet :))

Pape pon, lepas nie dah susah nak jumpa and semoga selamat sampai, selamat berada di sana and selamat kembali ke tanah air lagi 2 tahun.
Selamat selamat selamat yea :)

Erm tadi kami just lepak di Jentayu Kopitiam, restoran milik abang Fadhillah :)
Lame jugak la kami sembang.
Sambil melayan anak saudara Fadhillah ni. Heheh.

geram dengan ini boodak ! style mesti nak macam orang besar. ish :)

Then kami shopping jap kat bandar.
Pkol 9, Fadhillah hantar aku ke rumah.

Yea nice moment actually cz dapat jumpe semula dgn kawan-kawan lama kan.
Semoga bertemu kembali yea kawan-kawan :)


Nah ! Salam rindu dan salam sayang dari Farah :)
xoxox !




Wednesday 5 September 2012

Bila Lelaki Bercerita Tentang Perasaan

Hai Hai Hai !
whoa esok aku nak balik dahhh. So online puas-puas lah hari nie. Yeayy!

Lately aku dah rajin sikit online facebook.
Bukan ape, nak tau update2 pasal PPK aku je.
Nak tulis status bagai memang malas lah kan.Baik tulis kat Twitter je.
Hee :)

And semenjak aku rajin online Facebook nie, ramai jugak yang IM aku.
Common question :
" Buat ape tu?"
"Bile balik Wang Ulu?"
"Balik dengan ape?"

Dah hampir 100kali aku jawap benda yang sama. Heheh.
Tak marah pon malah suka masih ade yang caring pasal aku. Hee :)


motif gambar?? entah !

Tak kurang jugak yang luahkan perasaan depa kat aku.
Eh bukan perasaan depa TERHADAP aku ye. Ade beza di situ.
Hee :)
Maksudnye nak share problem pasal aweks2 diorg.
Aku suke jadi pendengar sebab aku sendiri pernah berada di tempat awek diorg.
Dah name pon perempuan kan.
Tapi untuk cuba nak selesaikan masalah diorg, aku just mampu bagi pendapat je la berdasarkan ape yang aku pernah alami.

Tapi kan...boys nie sweet sangat bile diorg ade masalah dengan orang yang dia sayang.
Nampak sangat yang dia betul-betul sayangkan perempuan tu.
Yea untunglaa :))
Cuma kadang-kadang girls ni susah nak percayakan lelaki.
Termasuklah aku.
Percaya tu memang laa tapi taknak tunjuk sgt kepercayaan tu.
Bahaya taw. Hahah !

motif gambar??pikir sendiri la ! :)

Okay chow :)





Countdown : 2days TO GO

Hai guys :)
Masanya hampir tiba untuk aku berangkat ke Perlis Indera Kayangan.
Wang Ulu dah macam memanggil-manggil nama aku.
Wahhh. Haha. Puitis sangat tuh.


terbalik?? haa rotate pakai tengkuk sendiri la ye. hee :)

Whoa macam tak percaya tinggal esok je aku kat rumah ni.
But 3months is enough for me menghabiskan masa di rumah. Hee :)
Tak sabar sebenarnya berjumpa dengan kawan-kawan tersayang.
And of course yang tersayang di sana setia menunggu aku. Sabar ye :)

Maybe aku akan sampai dalam jam 8 pagi Sabtu.
And agak kecewa MR.S tak dapat ambil aku bcz dia busy dengan pemilihan Suksis?
Ermm something like that laa.
Takpelah. Before nie pon aku naik teksi je sengsorang.

Sebenarnya aku memang tak sabar nak sampai di bumi Perlis tu bcz byk jugak hal kena settlekan.
Hal yang pling penting, aku kena ambil IC di JPN Perlis.
Then, aku kena settlekan bil Celcom.
Plus, card bank CIMB aku tak settle lagi. Still stuck gara-gara purse hilang.
Hoh!
lagi...lagi....ermmm the most important thing !
Aku kena study hard and smart untuk up kan lagi pointer aku.

Tinggal 2 hari lagi nie sepatutnye aku dah start packing-packing baju semue kan.
Tapi macam biase, aku buat relax je dulu.
Nanti baru la feel sikit kan. Erk!

Aku just menyibukkan diri tgok portal UNIMAP, group PPKAS, group BUILDING.
Konon carik info sikit laa.
Mane tau ade ape-ape update kan.
But aku selesai buat timetable untuk second year punye.
And bakal ditampal di dinding. Heheh.

Okay chow dulu yea !


Salam Rindu :)

Hola !
Ermm ermmm tadi kan...tiba-tiba aku tgok profile sorang member Indonesia aku ni.
Novi namenye.
Di Surabaya dulu, dia lah yang selalu temankan aku di High Point Appartment if aku bosan2 kat 2nd floor tu.
Hehe.
Mereka mereka yang duduk kat High Point mesti tau kenapa suke sangat lepak kat 2nd floor kan :)
Ermm ermm..Sebenarnye aku rindukan dia, nasihat dia, gelak dia and semua la.
Hahah. Bcz dia seorang yang sangat matang even baru je umur 19tahun.
Hidup dia penuh dengan kata-kata semangat.
No wonder dalam usia yang macam tu, dia dah boleh survive sendiri.
Kalau aku, still bergantung dengan parents lagi terutama pasal kewangan.
Tapi dia, dah boleh tinggal di apartment, hasil penat lelah dia bekerja.
Wow!

1 benda yang aku takkan lupa.
Dia pernah berkata :

Jangan Cari Lelaki Yang 10P :

Pergi Pagi Pulang Petang Pendapatan Pas Pasan Potong Pajak Pula.

Carilah Suami Yang Mencintaimu Dengan HATI
( HARTA DAN PROPERTI )

Maka Dia Akan Memberimu CINTA
( CINCIN DAN PERMATA )

Maka Hidupmu Akan TERURUS
( TERIMA UANG TERUS )

Yea itulah antara kenangan dari Indonesia yang aku still ingat :)
Semoga bertemu kembali yea Novi :)


Haa..Novi yang pkai spec tu :)
Cantik kan :)
ermm gamba aku takde dlm tu. bcz mase tu aku tgh practice menari.
huu :(
cake sebelah tu Novi belanja kami.
Die beli di House of Chocolate, Surabaya.
Best taww :)

Okay Novi..
Salam rindu dari Farah di Malaysia :)



Tuesday 4 September 2012

Yeay Surat Amaran !

Hyi !
Owh what a day !
Baru je semalam aku and member2 cakap pasal duit PTPTN.
Semangat giler konon dengar2 sabtu nie duit dah masuk.
Yea semalam seronok la.
And tadi aku dikejutkan dengan surat amaran dari Celcom.
Owh shit.
RM 273.80 tu bukan sikit untuk aku bayar dalam tempoh 14 hari bermula dari tarikh notis.
And yang paling mengejutkan lagi tarikh notis adalah pada 26 Ogos 2012.
Hebat !
Why tak hantar surat tu bulan depan je?
Damn.
Aku nak sedapkan hati, maybe 14 hari tu dikira waktu hari bekerja je.
Maybe.
Then aku pon call dia tadi bcz benda ni mane boleh agak-agak.
Mampus aku kalau kene masuk court.
Hahah!
Owh rupenye Sabtu and Ahad pon dikira jugak.
Means aku kena bayar before ahad ni and today dah hari rabu.
Damn lagi. Huh.
So kesimpulannya, aku kena bayar gune duit PTPTN untuk sementara waktu.
Okaibai.


Hanya Entry Biasa

Assalamualaikum :)
Macam tersangat lama sebenarnye tak ber-Facebook, ber-Twitter, ber-Skyping, ber-WhatsApp, ber-blogging dan semua yang berkaitan dengan online.
Bukan malas ke ape tapi lepas guruh haritu, modem terus tak boleh nak turn on and langsung tak dapat nak connect internet.
Malang sungguh. Huhu.
Yea my mistake sebenarnye.
But now, thanks to Asrul yang dah tolong orderkan modem untuk aku. Hee :)
And thanks jugak sebab dia yang tolong settingkan modem untuk aku kat rumah nie :)

Oh yea. Kebetulan modem aku ni rosak pade hari aku kena register subjek.
Memang tak tentu arah jugak lah kan.
Nasib baik ada MR.S yang tolong aku register subjek since password and username aku dah memang dalam kepala dia.

Itu lagi satu hal yang agak memeningkan kepala.
Aku rase macam banyak sangat subjek yang kena ambil.
Sampai total kredit semua 19.
Nampaknye subjek Mechanics memang aku kena ambil tahun depan la. Shit.

Okay tu antare subjects yang aku akan ambil sem ni.


 EAT212
 Mekanik Tanah[Soil Mechanics]
 EAT250
 Lukisan Kejuruteraan Bangunan[Building Engineering Drawing]
 EAT251
 Teori Struktur[Structural Theory]
 EAT252
 Kejuruteraan Mekanik Bendalir[Fluid Mechanics Engineering]
 EQT203
 Matematik Kejuruteraan III[Engineering Mathematics III]
 EUW112
 Bahasa Inggeris Asas[Foundation English]


Yang Foundation English tu katenye if dah amek Technical Communication mase kat Indonesia baru nie, dah tak payah ambil dah English tu.
Nyesal aku tak ambil. Huuu.

Okaylah. Sebenarnye dah berjam dah tulis benda nih cume tak publish je lagi.
Sibuk berIM sangat kan. Hee :)
Okay next entry :)




Friday 31 August 2012

Happy 55th Independence Day

Assalamualaikum :)
To all Malaysian, I wanna wish Happy Happy Happyyyy 55th Independence Day :)


Yea sincerely from my heart, I'm really really proud to be Anak Malaysia :)
Nothing much to say, just wishing the best for Malaysia.
Guys! a.k.a Generasi Y !
Lets move forward and help THEM develop our beloved country :)

Tak payah nak bersih sangat if your mind still kotor dijajah lagi :)

I M 4 U :)
I loveee MALAYSIA !




Tuesday 28 August 2012

Selamat Kembali

Ucapan ini khas ditujukan kepada MR.S.
Yea selamat kembali ke Unimap yea. Heheh.
Awal betol dia balik.
Tapi nak buat macam mana.
Banyak tugas Suksis yang dia kena siapkan katenye.

Saya menyusul 8th September nanti yea.
Tunggu kepulangan saya :)




Sebelum Bergelar Student U

Assalamualaikum :)
Ini punya post bukan nak ceriter pasal zaman aku kecik-kecik dulu la kan.
Tapi ini ceriter pasal zaman aku mula-mulaaaa nak masuk Unimap dulu.
Since now dah mula musim new intake untuk student degree kan. Heheh.

Aku ingat lagi sebelum result UPU keluar, aku confident giler dapat masuk U sebab dalam kepala hotak aku, aku lepasan Matrikulasi and dapat pointer 3 something. (konon)
Hahah.

Then sehari before result keluar, aku dah mula nervous and mula pikir bukan bukan.
Pikir camne kalau aku tak dapat masuk U.
Ape aku nak buat kalau tak dapat?
Kahwin ke? Memang tak lah. Malu aku muda muda lagi dah nak kahwin. (konon)
Kerja ke? Ish malu jugak nanti depa depa tanye " Farah tak sambung study ke?"
Haa..menjawab laa kat situ kan.
Tapi aku buat relax je depan family aku.

Akhirnya tibalah hari yang dinanti, ditunggu-tunggu.
Mase tu aku tengah kerja di Muadzam Shah Sport Centre.
Biasenye waktu rehat memang aku tak balik. Tapi hari tu aku kena balik jugak.
Resah gelisah dibuatnya. Tak fokus aku nak buat kerja.
Balik tu, aku terus check. Tapi biaselah kalau nak check semua result pon, confem lambat.
Konon sebab ramai yang semak.
Takpe. Aku tunggu dengan penuh sabar.
Akhirnya........
.
.
.
.
.
.
.
NAMA : SHARIFAH NUR FARHANA BT SD MOHD NADZRI
NO. KAD PENGENALAN : 921231......
UNIVERSITI : UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
KURSUS: KEJURUTERAAN BANGUNAN

Ermmm ermmmm camtulah lebih kurang yang die tulis. Aku pon dah tak hengat.
Aku : " Huh??What The Hal??? "
Poning kepalo den. Lain yang aku mintak, lain yang aku dapat.
Mase tu memang aku tak puas hati.
Yang family aku pulak dah sibuk berangan nak shopping ape kat Perlis.
Aku nie tension dok pikir camne la aku nak survive kat tempat orang.
Dahla jauh giler.
Sekali pon dalam hidup aku tak pernah terlintas untuk ke sana and study di sana.
Aku contact member aku semua dapat U yang dekat dekat ni je.
Bertambah runsing la pale hotak aku mase tu.
Rupa rupanye, jiran belakang rumah aku ni pon dapat UniMAP jugak.Cuma course je lain.
Tu pon abah aku yang bagitaw. Yela, aku tak rapat sangat dengan dia.

Beberapa hari kemudian.
Tiba-tiba ada seorang makhluk Allah ni masukkan aku dalam group Bakal Mahasiswa/i 2011/2012.
P bukan nama sebenar.
Kat group tu if ade pape masalah pasal PTPTN ke, pasal nak isi form ke, boleh tanye kat situ.
Macam bakal adik-adik aku ni buat sekarang.
Hahah.
Bila aku bukak group tu skrg, teringat la aku zaman dulu-dulu.

Aku ingat lagi tarikh 4September 2011. Hari pendaftaran.
Aku pakai baju kurung warne putih bunga pink.
Segan giler kot sebab aku sorang sorang macam hilang arah.
Tapi akak akak and abang abang PPMS semua baik baik. Heheh.
Depa semua always ada time kami perlukan.

Tipula kalau aku cakap aku tak nangis before mak abah nak balik Pahang.
Orang tengok je aku masa tu tapi aku tak peduli dah.
Rase nak balik ikot mak je masa tu.
Serious. Hahah !
Tapi bila dah start orientasi, makin lama, makin okay.
Dengan adanya housemate : Nini, Rahimah dan Dora.
Mereka always temankan aku..



Orientasi seminggu kami tak pernah missed! 
Skema kan? Aku tengok orang lain berlambak tak pergi.
Kami je semangat dengar ceramah bagai.

Dah lepas seminggu orientasi tu, bermula lah sesi pembelajaran kami.
Mase tu lah aku mula dapat lagi ramai kawan.
Budak Building memang best !
Sayang korang !

BFF !! wif mira and kimmy !


rakan seperjuangan











Ohh Money Again !

Hyi !
Resah gelisah tension.
3 in 1.
Masuk nie dah 3 kali terjadi perkara yang same.
Tengah syok syok skyping, dengan sesuka hati nye laptop padam sendiri.
Overheating ke pebenda aku pon tak tahu.
But lately bawah laptop ni panas die lain macam sikit.
Gune cooler??Ermmmm ermmm..Baru 2 hari lepas aku carik cooler dalam beg laptop.
Terok kan??Tak terok sangat lah sebab still aku boleh cari cooler tu.
heheh !
Menyesal aku tak pasang cooler sebelom sebelom nieh !
Errmm bukan ape.
Aku lagi suke letak lappy atas riba dari atas meja.
Syok sikit.

And now aku rase bende ni kene fix before aku balik ke UniMAP tercinta.
Maybe kene tunggu aku balik kampung baru nak p anta kedai.
Sebab mase tu je aku tak perlukan lappy.

Barulah aku tau camne perasaannye bile laptop or barang berharge lain buat hal.
Okay ni first time jadi kat aku.

Lupe pulak.
Galaxy aku dah mule tunjukkan tande tande untuk aku cari pengganti.
Money again kan??huh
Tension aku.

Tadi baru cakap dengan dia.
Dia cakap aku macam unta sebab tak reti jaga barang.
Hampeh betol sorang tu.Heheh
Ape kene mengena dengan unta pon aku tak taw.
Then kami pon ungkap balik kisah lame nak beli Blackberrrrryyy you know !
Hahah. Bajet je kan?
Tapi semua tu kena tengok kewangan aku dulu.
Die lain laa. Cuti baru ni dia kerja.
And lagi 1 dia ni pandai uruskan kewangan.
Aku pandai menghabiskan duit je.

Teringin jugak lah aku nak pakai Blackberrrryyyy.
Kalau di Indonesia, Blackberrrryyyy tu dah macam handset 3310 kat Malaysia je.
Makcik makcik, nenek nenek, atok atok semua pakai Blackberrrryyyy.
Kelllasss kau buk ! Hoho
Serious ! Tak tipu !

Hemm..So nie ape ape hal pon, aku kena fix kan laptop dulu.
Baru fikir pasal handphone.
Okaibai !




Monday 27 August 2012

Review Percutian 3bulan

Assalamualaikum !
Hai :)
Dah lebih kurang macam lagi 2 minggu je nak balik UniMAP semula. (ape jenis ayat aku gune nie)
Hemm..Macam biase, hati dah mula berbelah bagi.
Kadang kadang aku rase tak puas lagi menghabiskan mase atas katil bilik aku ni.
Kadang kadang jugak, bapak lah rindu nye kat kawan2 sperjuangan. Ececehhh.
Terutama kat sorang tu.
And sorang tu jugak.
Sape??Adelaaa..

So, nie nak review sikit aktiviti sepanjang cuti lebih kurang 3bulan ni. Heheh
( bajet banyak aktvti je )

Ermm Ermmm sebenanye aku banyak habiskan mase dgn laptop and handphone je.
Ape lagi mau buat kat rumah nie kan.
Then aku fly ke Indonesia. 3minggu kat sane.
Sambut puasa smua kat sane then balik Malaysia.
Sekejap je masa berlalu kan?Itulaa yang mak aku bising tuh.

Lagi....Sambut Hari Raya dengan family..
alaa..aktiviti biase biase jee..
Tolong kemas kemas rumah. ( walopon takdepe nak kemas sangat pon )
Lagiii...tu jela..
Eh ade lagi. Arytu hangout dengan kawan.
Alah brape minit lah sangat. Tak puas jalan.
Beraya rumah kawan??Hemm..Belum lagi.
Katenye hari ni tapi takde depa call pon.
Maklumlah. Kawan aku yang sorang tu akan further study kat Jordan xlame lagi.
Whoaa untunglaaa. So ingat nak jumpe la jap lagi.

Lupe pulak, sepanjang cuti ni jugak lah aku sibuk mengedit dan mengupdate blog.
Blog yang lame dah pon aku delete atas beberapa alasan tertentu.Hahah!
Ini kalau bosan2 kat bilik ni, aku usha la blog sape2 kan.
Blog orang tu pon tiap2 ary aku stalk tapi 1 entry tu je die tulis.
Hampeh betol. Heheh. Jangan maraaa :)

Sekarang aku dah mule pikir pasal tiket bas nak balik sane.
Adeyy, lemahnye.
Kalau family anta, syok jugak. Tapi memandangkan adik aku sekolah, plus tak lame nak PMR, terpakselah aku naik bas je.
Lagipon, sekali family anta, pling kurang 1000 hinggit mesti ade.
Duit minyak + hotel + makan.
Compare ngan naik bas, bayar tiket RM62 je.

Hemmm..Okaylah.
Stop sini dulu.
Bubye :)




WatchYourWords !

# Watch Your Words !
Yea. Amaran untuk diri aku sendiri. Hahah!

Pernah tak at one moment korang rase korang dicontrol oleh sesuatu untuk tulis status di facebook or tweets di twitter??
Hemmm..If tak pernah, maybe aku sorang je yang pernah mengalami and sedang mengalami now.
How come??!
Hohoho !

# image takley blah

Entahler..Now if nak tweets tu macam dah kena limit .
Cakap tu salah. Cakap ni salah.
Tweet untuk orang lain, orang lain makan hati.

Tapi Kak M (bukan nama sebenar) pernah berkate :
" Farah,orang HOT macam kite memang ramai stalker "
Aku : " Owh..Baik,akak "

Perhatian : Post ini tidak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang dah tiada.

Hanya luahan hati..Ececeyhh..!
Hohoho !





Sunday 26 August 2012

Misi Naikkan Berat Badan!

Salam :)
Bila dah tak tau nak buat ape dah kat rumah nie, jari jemari pon semakin rajin lah untuk menaip entry baru.
heheh!
Today punya entry, aku nak cter sikit pasal masalh aku.
Ermm masalah bukan berat mana pon.
Cume now I'm trying to gain semula weight yang hilang.!
7kg hilang taw ! huaaa..

Ayat macam mengade je kan. Tapi betolla..
Now berat aku dah 45kg dari 52kg.
Semua tu hilang gara-gara "percutian" aku di Indonesia baru nie.
heheh!

Maklumlah, makanan di sana tak menepati selera aku pon.
So makan memang tak menentu.
Now semakin kurus :(
Kalau boleh, aku taknak nampak kurus kering you know!
Berisi sikit, okay laa..

Target aku, nak berat 55kg.
Sebab badan aku niey, berat 50lbih pon, orang tak percaye.
Depa cakap tulang je yang berat tu.
See??
Ayat mengade lagi kan??
Habis nak buat ayat tak mengade macam mane lagi? Hemm..



So, mulai aryni, breakfast, lunch, dinner, semua wajib.
Jangan tggal 1 pon. Hahah
Semoga misi ni tercapai before Hari Raya Haji.
Oww yeah ! 



.

Rumah Terbuka Perdana Menteri Malaysia

Holaa!
Tajuk entry tanak kalah. Tajuk macam aku pegi je rumah terbuka tu kan.
Hahah..!
Actually abah dari awal cakap TANAK pergi and TAKKAN pergi sebab TAKNAK sesak2 dengan orang ramai.
Maklumlah..jemputan untuk 1Malaysia bukan 1 Pahang je.

Muka semangat nak balik Muadzam

Kami gerak dari Indrapura jam 8.30 pg. Saje nak menyesakkan jalan, kami lalu  ikot bandar Pekan.

snap gambar banner pon jadi lah

Yea time tu  memang dah ramai sangat2 orang..Depa pakai baju raya berwarna warni.
Kebetulan ade 1 parking kosong.
Abah dah parking and dah tanye nak p tak.
Tapi memandangkan aku dengan cardigan and jeans je, memang tak lah aku nak join.
Tak sopan pulak kan.
Aku bukanlah nak makan free pon sebenarnye. Tapi aku nak sangat jumpa pemimpin negara nie dekat2..heheh
Nampak dari jauh pon okay lah :)
Takpelah..Tahun depan kalau panjang umur, boley pegi lagi..Heheh

Then kami ke KFC. Okay lah tu :)


# tadi nampak depa2 konvoi pakai nie.
# wish to have one ! :)


Friday 24 August 2012

Maggi Jugakkk

Hyi!
Hahah..
Just nak ceriter aku baru je balik dari rumah jiran aku nie haa..Anak die,kak Intan kahwin..
Mak die ajak sangat aku datang umah die and complain cakap aku susah betol nak keluar rumah...
Aku pon pergilah dengan mak...
Hemmm..Aku tak rapat sangat pon dgn Kak Intan tapi kalau jumpe tu, mesra laa..hee :)
Mase aku dtg tadi,Kak Intan tgh makeup..
Sempat laa aku tgok 11 dulang hantaran atas katil tadi yang bertemakan white pink..
Bukan tgok je..Snap snap lah sikit kan sebab bilik pengantin Kak Intan cantikkk sangat...

Then aku turun bawah kononnye nak makan..Serious time tu perot mmg tgh lapar...
Lagipon aku dtg memang untuk makan sebab dah makcik tu sroh aku makan je g umah die..hahah
tak expect ape pon..
Rupe-rupenye aku sorg je org muda kat ctu and kene join makcik2, nenek2 tolong kupas bawang..
Hancur tak hancur jugaklah harapan aku..hahah
Tapi actually aku tak kisah pon if kene tolong buat bende tu..
Tapi masalahnye skrg aku pakai baju kebaye yang kain ketat and terbelah tu...
Memang tak lah aku nak duduk bersila kupas bawang kan..
Then aku balik camtu je...Tak tau knape but aku segan giler..Semua org yg aku tak kenal..
Bebudak lain mane entah aku pon tak taw..

Sampai je umah tadi, aku ajak abah pergi 7E beli maggi..
Hahah..Maggi jugak makanan aku malam nie..
Dengan baju kebaye tu jugak lah aku keluar pergi beli Maggi..
Lantak p lah depa nak cakap pa..hoho !
And dengan baju kebaya tu jugaklah aku memasak dalam kelaparan..
Sekian :)




Thursday 23 August 2012

Edit Lagi Yea !

Hyi !
Today seharian aku menhadap lappy nie untuk edit this blog.
Nie dah update yang ke berape ratus kali pun aku tak ingat. Banyak sangat !
Setiap kali edit mesti aku cakap "this is the last edit!".
OMG dah berape kali kot cakap macam tu.
Tapi kali nie betol KOT bcz agak penat buat header baru tu.
Hasil penat lelah. Lelah ke? Okay takpon.
Header tu aku edit dkat Photoscape memandangkan tu je editor yang ade.
Malas ler nak download AdobePhotoshope ke ape bagai. 
Yang penting now dah ade header sendiri :)
Macam simple but aku puas hati dah and takmau buat dah.
Serious! :)

Owh yea !
Semalam ade org tu mintak tolong registerkan blogger..
Okay aku mengaku aku tak reti nak carik background,font and ape bagai untuk blog lelaki.
Hahah.
Then,aku buat jelah mane yg agak sesuai.
Background hitam lah paling selamat :)
Nanti pandai2 lah awak edit sendiri ye :)
Okay chow!




Wednesday 22 August 2012

Speechless


but i keep smiling






Untuk Dia dan Dari Dia

HAI !
Tengok nie ! :)


I just got Kad Raya dari MR.S .
Oh how sweeettt...:)
He said die tak pandai nak tulis kad raye tapi niceee sangat isi kat dalam tu..heheh :)
Btw, thank you so much my dear! 
Really appreciate that :)

Owh yea..nie pulak kad raye dari aku untuk dia.


simple :)

Coretan Raya 2012 :)

Assalamualaikum and hyi :)
Selamat Hari Raya ! Belum terlambat lagi kan kan kan?
Today dah raya ke 4 pon..Sekejap btol mase berlalu.
Raya tahun nie tersangat lah simple..Serious! tak pernah sesimple macam nie sebelum nie..heheh
And one more thing yang pling penting, aku tak berharap langsung dpat duit raye yg bnyak sebenanye...Tu yg pasti :)
But Alhamdulillah..Dah besa2 camni pon,beratos jugak lah duit aku dapat..mueheheh..
# jangan jeles yea MR.S :)

Oh yea..Tahun nie beraye di Kuantan..Sunyi jugak sbb takde member..Teman berborak pon,maktih and makcik je la..
Depa berjiwa muda sikit.




# test test camera baru di malam raya...hoho :p

huh..snap sane sini di malam raya quite fun! kerja kat dapur pon tak banyak actlly :)

ini sikit gambar2 raye pertama di Kuantan, family sblah mak :)

family :)

lonely..sob sob..huhu

yg bawah nie pulak Raye Kedua di Pekan,Pahang :)

with Sharifah Syafiqah ! xoxo !

di depan makam Sultan Pahang yg terdahulu...
mase nie sblum melawat kubur arwah moyang,Allahyarham Syed Zainal Abidin 

test sikit Nikon Pikah :)

# then nie pulak pictures Raya Ketiga di Jengka,Pahang :)


# hemm...Arabian lah konon??hahah!

for the first time aku pakai tudung macamtu..then tetamu datang beraye,aku cabut balik tudung tu !

okay macam nie je simple :)
Okay tu je sikit Coretan Raya aku tahun nie..
Sederhana but happy and meriah !
Bye..:)

# pictures by Canon IXUS..no editted ! cantik gambarnye kan..promote promote ! hoho
# baju polkadot and tudung by Sharifah Syafiqah
# yang lain baju aku sndiri :)
# Makeup by SimplySiti...Me likeee :) Smooth je!
# and taklupe camerawoman : Puteri Anis Najiha ..heheh