Tuesday 28 August 2012

Sebelum Bergelar Student U

Assalamualaikum :)
Ini punya post bukan nak ceriter pasal zaman aku kecik-kecik dulu la kan.
Tapi ini ceriter pasal zaman aku mula-mulaaaa nak masuk Unimap dulu.
Since now dah mula musim new intake untuk student degree kan. Heheh.

Aku ingat lagi sebelum result UPU keluar, aku confident giler dapat masuk U sebab dalam kepala hotak aku, aku lepasan Matrikulasi and dapat pointer 3 something. (konon)
Hahah.

Then sehari before result keluar, aku dah mula nervous and mula pikir bukan bukan.
Pikir camne kalau aku tak dapat masuk U.
Ape aku nak buat kalau tak dapat?
Kahwin ke? Memang tak lah. Malu aku muda muda lagi dah nak kahwin. (konon)
Kerja ke? Ish malu jugak nanti depa depa tanye " Farah tak sambung study ke?"
Haa..menjawab laa kat situ kan.
Tapi aku buat relax je depan family aku.

Akhirnya tibalah hari yang dinanti, ditunggu-tunggu.
Mase tu aku tengah kerja di Muadzam Shah Sport Centre.
Biasenye waktu rehat memang aku tak balik. Tapi hari tu aku kena balik jugak.
Resah gelisah dibuatnya. Tak fokus aku nak buat kerja.
Balik tu, aku terus check. Tapi biaselah kalau nak check semua result pon, confem lambat.
Konon sebab ramai yang semak.
Takpe. Aku tunggu dengan penuh sabar.
Akhirnya........
.
.
.
.
.
.
.
NAMA : SHARIFAH NUR FARHANA BT SD MOHD NADZRI
NO. KAD PENGENALAN : 921231......
UNIVERSITI : UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
KURSUS: KEJURUTERAAN BANGUNAN

Ermmm ermmmm camtulah lebih kurang yang die tulis. Aku pon dah tak hengat.
Aku : " Huh??What The Hal??? "
Poning kepalo den. Lain yang aku mintak, lain yang aku dapat.
Mase tu memang aku tak puas hati.
Yang family aku pulak dah sibuk berangan nak shopping ape kat Perlis.
Aku nie tension dok pikir camne la aku nak survive kat tempat orang.
Dahla jauh giler.
Sekali pon dalam hidup aku tak pernah terlintas untuk ke sana and study di sana.
Aku contact member aku semua dapat U yang dekat dekat ni je.
Bertambah runsing la pale hotak aku mase tu.
Rupa rupanye, jiran belakang rumah aku ni pon dapat UniMAP jugak.Cuma course je lain.
Tu pon abah aku yang bagitaw. Yela, aku tak rapat sangat dengan dia.

Beberapa hari kemudian.
Tiba-tiba ada seorang makhluk Allah ni masukkan aku dalam group Bakal Mahasiswa/i 2011/2012.
P bukan nama sebenar.
Kat group tu if ade pape masalah pasal PTPTN ke, pasal nak isi form ke, boleh tanye kat situ.
Macam bakal adik-adik aku ni buat sekarang.
Hahah.
Bila aku bukak group tu skrg, teringat la aku zaman dulu-dulu.

Aku ingat lagi tarikh 4September 2011. Hari pendaftaran.
Aku pakai baju kurung warne putih bunga pink.
Segan giler kot sebab aku sorang sorang macam hilang arah.
Tapi akak akak and abang abang PPMS semua baik baik. Heheh.
Depa semua always ada time kami perlukan.

Tipula kalau aku cakap aku tak nangis before mak abah nak balik Pahang.
Orang tengok je aku masa tu tapi aku tak peduli dah.
Rase nak balik ikot mak je masa tu.
Serious. Hahah !
Tapi bila dah start orientasi, makin lama, makin okay.
Dengan adanya housemate : Nini, Rahimah dan Dora.
Mereka always temankan aku..



Orientasi seminggu kami tak pernah missed! 
Skema kan? Aku tengok orang lain berlambak tak pergi.
Kami je semangat dengar ceramah bagai.

Dah lepas seminggu orientasi tu, bermula lah sesi pembelajaran kami.
Mase tu lah aku mula dapat lagi ramai kawan.
Budak Building memang best !
Sayang korang !

BFF !! wif mira and kimmy !


rakan seperjuangan











No comments:

Post a Comment