Thursday, 7 February 2013

Salam Jumaat :)

Hai Salam Jumaat :)
Alhamdulillah saye masih lg dapat bernafas di muka bumi ni.
Dapat bersama dengan orang-orang tersayang walaupun dah hampir 3 hari menderita kesakitan.
Takdelah sakit sampai tak boleh bangun ke apa tapi sakit wooo.
Sakit apa? yea sakit gigi.
Dalam hidup saya, saya rasa inilah kali pertama saya rasa kesakitan yang sampai susah saya nak bertahan.
Yelah. Ubat tahan sakit yang bagi saya agak besar and paling besar tu sanggup saya telan.
Haa nampak tak kat situ.
Biasanya panadol pon susah bagi saya untuk masuk ke tekak.

And disebabkan sakit itulah saya tak dapat datang bekerja.
Rasa bersalah sebenarnya sebab kerja tak sampai sebulan then kena berhenti awal.
Itulah yang dikatakan kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya.

Tadi dah pergi hospital sebab almost every night susah nak tidur sebab sakit.
But today tak boleh check gigi because Friday untuk orang yang dah buat appointment sahaja.
Okay then.
Senpat lagi dalam hati berkata " menyesal bangun pagi"
Sejuk nak mandi wooo because kat sini hujan lebat.

Then petang nie akan ke Maybank untuk buka akaun baru.
Before tu nak pergi hantar kunci ke kedai since saya dah tak boleh kerja dah..
Maklumlah minggu depan dah nak balik Perthlis.

Dalam sakit-sakit nie, sakit jugak hati saya menunggu result sem 1.
Saya pon tak faham whyla susah betol nak keluarkan result.
Tahu tak yang penantian tu satu penyiksaan.
Penyiksaan or penyeksaan??
Whatevah!

Lagi...ermm lagiii.. dah takde ape nak tulis dah.
Ok bye.









Saturday, 2 February 2013

Distance.

Yes ! I hate distance!
Even it make us more closer. Erk??
Is it true.?
Yes again. because no more love fighting semejak cuti-cuti Malaysia nie.
Alhamdulillah..
But I do miss You damn much!
Tinggal lagi dalam dua minggu untuk aku habiskan sisa-sisa cuti di rumah.

Dear you...

and...





Wednesday, 23 January 2013

Sesungguhnya Aku Bangga :)

Assalamualaikum and hyi people !!
Welcome to decqueenss :) heee :)
Penat sebenarnye tapi curi masa jugak untuk blogging.
Kalau kat tempat kerja tu banyak sgt ideanya tp bile sampai mase,aku nk tulis ape pon tak tahu..
Btw, yea aku sangat bangge smlm bile Pahang menang ke atas Terengganu.
3 - 0
Bangge jadi anak Pahang.
Erkk sejak bila entah aku ambik tahu pasal bola.
Sejak aku kerja baru ni ke?
Noooo...!
Heheh. Tapi if Malaysia or Pahang yg main je baru aku semangat tgok.
Arsenal ke Chelsea ke jadah tu memang haram tak pernah tgok depa main.
If orang tanye aku sokong mane, aku jawap je Chelsea sbb jersi diorg cantik.
Aku suke :D

And yea misi seterusnye aku nak  carik jersi Pahang sebab aku tgok mcm simple je.
Tak menonjol sangat.
Maklumlah aku tak suke sgt mencapub nie atau nama panjangnye mencari publisiti.
Erk????
Hahah!.. yea yea aku tahu walaupun aku pakai makeup tebal ke kuliah kan.
I know it tapi bkn untuk mencapub okayyy :p
Tak lupe jugak ade kawan aku 2org yg mencari jersi Pahang.
Cik Nurul dan Ann :)
InsyaAllah kalau ade ceq habaq nohh :)

Okay sampai sini je.
See yea next entry :)







Friday, 18 January 2013

Entry Kosong

Haiiii Assalamualaikum friends :)
Semenjak aku dah bekerja part-time nie makin malas nak on lappy.
Walaupun balik jam 7pm.
Tapi aku bnyak spend kan masa aku dgn family and BBM si dia waktu malam.
Sebab tu takde masa sangat nak update blog nie.

Sepanjang aku bekerja, Alhamdulillah semua okay je.
Setakat nie takde ape2 masalah.
Aku dgn customer pon okay.
Overal..... OKAY.
Seronok ada..bosan pon ade jugak kadang2 bcz aku punye kerja simple sangat.
Setakat nie tak tebukak lagi hati aku nak kerja overtime.
Malas weyyy. Padahal ddok saje je.

Oh yea. Aku off hari Ahad.
Nak buat ape entah.
Mungkin tidur. Mungkin tolong si Arma update blog die.
Heheh. Lupe pulak.
Arma mintak tolong aku letakkan widget kat blog die.
Link blog??hemmm belum boleh nak promote kat sini.
Because under renovation lagi.
So i'll try my best for my bestfriend nie :)

Okaylah. Kosong sebenarnye dalam fikiran aku nieh.
Tak tahu nak tulis ape.
Btw.... I really miss my herooo.
Damn much! :(

Sekian....


Monday, 14 January 2013

A Good Start :)

Hai :)
Today Isnin. Permulaan minggu yang baik.
As I told you, bermulalah hari aku sebagai staf di Sport Centre tu :)
But today not officially. So aku datang dalam jam 3 tadi.

Sampai je aku depan kedai tu......
Huaaa..... Still not open yet!
Oh maiii.. Menyesal aku tak ambil kunci semalam.
Rupa-rupanya Achem tak bangun lagi. haihhh.

After dah dapat masuk dlam kedai, kecewa sebab kedai tak macam aku jaga dulu.
Dulu aku always pastikan kedai kemas, bersih, cermin semua di lap.
But now, staf sebelum-sebelum nie tak macam aku dulu kot.
Entah.

Then aku and Achem dengan semangat kemas balik ape yang patut.
Lantak lah penat camne pon.
Yang penting puas hati.
Done.
Ramai juga yang beli kasut futsal, tempah jersey.
Waa semangat pulak aku nak kerja esok.
Tambah semangat bila boss bagi aku sehelai jersey tadi.
Aku pilih jersey MU colour biru tu.
Bukan sebab aku sokong MU tapi sebab nak same baju dgn Syafiq. Heheh.
Yeap. Syafiq ade sehelai baju tu.
And jadi seorang staf di kedai sukan nie tak semestinya kena pakai jersey kelab yang kita suka je.
Asalkan pakai jersey.
Heheh.




The end for today.
Hope tomorrow lagi okay dari hari ni ::)
See yea :)
Bubye. !




Sunday, 13 January 2013

Good News Coming :)

Assalamualaikum :)
Alhamdulillah...Hari pertama aku di rumah dah ade satu khabar gembira buat aku :)
Actually before aku balik Pahang lagi aku dah apply kerja kat tempat kerja lama aku dulu.
And DAPAT ! Heheh. 
Dapat jugak permission dari mak abah and Syafiq. :)
Susah nak pujuk diorang wooo.
And tadi aku pergi semula butik sukan tu untuk dapat confirmation.
Manelah tahu diorang memainkan aku. Heheh.
Well, yea aku boleh start kerja esok and dah boleh pegang kunci lagi :)
Yea boss and Achem sangat percayakan aku okay bcz aku tak pernah cheat.
Baik tak baik tak ?
Heheh. 
But aku taknak lagi pegang kunci because hmmmm maybe aku dtg lambat sikit esok.
Maklumlah aku dah lupe camne nak bukak kaunter, password and so on.
Nervous pon ade so lets take it slow babeh. Hee :)
Officially, i will start on Tuesday. Yeap!

Oh yea. Aku akan jalani  hari aku sebagai seorang pekerja macam dulu-dulu.
Selama sebulan. Cuma jadi lebih baik sikit dari dulu. Heheh.
Start jam 11 am and habis kerja jam 7pm.
Kalau rajin maybe overtime until 9.30 pm.

Ramai yang tanye why mesti nak kerja jugak padahal cuti sebulan je.
Haa. hemmm actually aku dah gian nak shopping tahu tak.
Cukupla window shopping je. Heheh.
Lagi satu, dapatlah aku sibukkan diri aku sikit.
Kalau tak, mesti aku tak tahu nak buat apa kat rumah.
Merindu orang yang jauh.
sakit woooo. Heheh.

Okay sampai sini dulu. 
Jumpa next entry yea :)


HAPPY 20th & 1st ANNIVERSARY

Assalamualaikum. :)
I'm homeeeee !!! Yea finally.... Sampai jugak ke negeri asal ku. Heheh.
After 2 minggu berhempas-pulas study for final. 
Maksudnye?? Yea maksudnya tunggu study week baru kelam-kabut nak study.
Begitulah ceritenye every sem. Biasalah student kan. Duduk Universiti pulak tu.
Kalau duduk Matrik, perangai aku lain sikit. Heheh.

Okay back to the topic, today genap setahun 13 hari aku and si dia together.
Heheh. Happy and macam tak percaya yang sekejap je setahun tu berlalu.
Macam baru je kenal. 
Macam baru je buat projek building same same. 
Macam baru je first time hangout berdua dengan dia. 
Macam baru celebrate birthday yg ke 19 dgn dia.
Macam baru je dia bg ring dia.
And macam baru je dia mintak untuk jadi yang special dalam hidup aku.
Yeap semua tu macam baru. Still dalam ingatan.
Heheh.:)

Dah cukup setahun nie, aku ingat balik memories lama. Hemmm..
Kenangan suka and duka tu balance.
Tapi kalau takde lah semua kenangan tu, and kalau aku and dia masing-masing dgn ego, tak mungkin sampai sekarang relationship nie kot.
Tu yang aku belajar.
Belajar untuk sabar, terima kelemahan and kelebihan dia, kadang-kadang mesti mengalah.
Yeap.
Bagi aku dia dah perfect. Perfect untuk jadi suami aku satu hari nanti.
We always together susah and senang. 
Tu our promise. Hope berkekalan sampai ke akhir hayat.
Amin...

Oh yea for this first annversary celebration, just simple celebration bcz exam week kan. 
Taknak mengganggu. Heheh.
Kitorang just makan-makan di Dominos, then he gave me bear and flowers.
Oh how sweet..... :)
Lepak pulak kat Tasik Melati.
Angin sepoi-sepoi bahase. Redup je.
Hilang sekejap stress aku pasal paper yang mendatang. Heheh.

A day before tu, he gave me birthday surprise.
Just simple celebration. 
Thanks friends... Mira, Naz, Wan, Shikin, Duke and my sayang, Syafiq. :)
Really appreciate it. Thanks for the chocolate icecream cake, and all the presents. :)
Oh yea tak lupa air bancuhan yang korang buat tu. Haihh.
Tak sempat jugak aku nak lari.
Ingatkan dah insf bebudak ni. Heheh.
Balik rumah, kena jugak tapi nasib baik 1botol bedak je.
Thanks yea Kak Mas ku. Heheh :)

Okay kat bawah nie bolehla tengok tengok sikit gambar yg sempat aku snap.
Maklumlah.. Takde semangat nak snap pic semenjak tukar Blackberry.
Pic tak cantik :(


left : present from syafiq. beg ADIDAS :)
right : present from my housemate, kak mas and que :)






The End. :)


Oopsss. Sebak hati aku semalam sebab nak berjauhan dengan dia. 
Tambah pulak dia sanggup kejar bas aku dari terminal Kangar sampai ke Alor Star semata-mata nak jumpa aku.
Terharu giler.
And of course surprise sangat.
Then sempatla lepak dalam 40 minit sebelum bas aku gerak ke Pahang.
Dear, thanks for everything :)
iLySM :)







Wednesday, 31 October 2012

Review Percutian Seminggu

Hai.
Nie dah entry keberapa entah sepanjang cuti.
Esok dah nak balik Perlis.
Malasss sangat sebab takde siapa pon kat sane.
Syafiq ada program anak angkat and balik Sabtu petang.
Memang dari terminal ke Wang Ulu tu have to get taxi.
Aku bukan saje nak balik awal okay but tu je tiket yang ada.
Apela aku nak makan nanti?
Hahah.!
Sepanjang cuti, ape je aku buat?
Nothing.
Buku je belambak bawak balik.
Okay taklah belambak sangat.
Satu pun aku tak study.
Aku habiskan masa dengan YouTube.
Tidur. Makan.
Hemmm. Penyesalan.
Hahah!
Okay balik nanti harusss study.
Test Soil menanti.
Wish me luck yea :)


Buat Sehabis Baik

Hai.
Aku tak tahu tajuk entry aku ni ade kaitan dgn story nie or takde langsung.
Tapi first thing dlm kepale hotak aku bila melaluinye, ayat Buat Sehabis Baik.
Ermmm ape aku lalui?
Yea cerita di sebuah restoran di tempat aku sendiri.

First time duduk di kerusi makan tu, meja tak dikemas lagi.
Pinggan mangkuk masih bersepah.
About 5minutes jugak kitorang tunggu pelayan datang serve kami.
Then baru terkial-kial angkat pinggan and gelas.
Okay tu satu hal.
Hal yang lain.
Semua menu yang aku nak semua takde.
Fresh orange pon takde???
Memang spoil giler mood nak makan malam tu.
Errr nie restoran ke warung?
Then nasik putih yang aku order berketul-ketul.
Aku makan dah macam nak potong ayam dengan sudu je.
Biasanye kalau betul restoran, you tangkupkan nasi tu dgn mangkuk.
Bagi kemas.
Buat kerja betul-betul tak proper!
Sorry to say this!

After makan, pelayan sibuk dengan kerja lain sampai tak pandang kitorg nie yg nk mintak die tolong kirakan harga makanan.
Macam mane if ade customer yang tak jujur then trus blah???!
Haiyaaa...
Sedih betul..!
And sangat menyesal datang restoran tu..!
Chow! 
:)



Sunday, 28 October 2012

Review Mid-Sem (2)

Hola !
Ermm tak tau nak tulis ape but nak review lagi about last mid-sem. :D
Bulan 9 yang lepas UniMAP mengadakan Majlis Konvokesyen yang ke-7.
And bersempena majlis tu, seminggu before konvokesyen, diadakan Festival Konvokesyen or nama singkat nye FESTKON.
Errmm aku tak dapat nak pergi tengok senior-senior yang aku kenal graduate pagi tu disebabkan hal yang tertentu.
Sorry abang-abang and kakak-kakakku :D
But aku always temankan MR.S kat gerai SUKSIS dia di FESTKON.
And time die kawad pon, aku turun jugak tengok dia and skuad :)
Amira Kay lah jadi peneman :)

with MR.S

with TAM SPIDER & KAK MAS

Well..aku seronok sangat bcz always ade dgn MR.S time die penat menguruskan aktiviti skuadnya.
Aku tak boleh tengok dia susah sorang-sorang. Heheh :)

Okay tutup cerita Festkon, bukak story pasal IFF pulak.
IFF stands for Islamic Fashion Festival yang baru-baru nie diadakan di Kangar,Perlis.
Aku tak ketinggalan untuk terlibat sama tapi bukan sebagai model yea.
Hahah.
Tapi sebagai penyambut tetamu @ pengiring tetamu.
Omaigod awesome giler bcz aku dapat jumpe dengan segerombolan artis.
Nampak tak betapa ramainye artis sebab tu gune "segerombolan". Heheh.
And aku bangga jugak sebab berpeluang bersalam dengan kerabat-kerabat diraja Perlis and Perak.
Sumpah seronok.
Gambar tak dapat diupload disebabkan hal-hal tertentu :)

Okay see yea :)















Review Mid-Sem (1)

Assalamualaikum :)
Akhirnyeeee...yea akhirnyee aku dapat update blog nie setelah beberapa lama tak online.
Maklumlah di Perlis sana tak berkesempatan langsung nak online plus aku takde broadband dah sekarang.
Huuuu :(

Ohyea now aku dah selamat memasuki semester pertame untuk tahun kedua di Unimap.
Kesibukan melampau menyebabkan aku kadang-kadang stress and nak balik rumah sesangat.
Now dah selamat berada di rumah with family tersayang untuk mid sem break :)

Banyak nak diceritakan sepanjang berada dalam semester baru ni. Heheh.
First thing yg nak diceritakan, yea now aku dah pakai Blackberry.
Seronok sangat. Bukan ape. Aku seronok sebab aku beli phone same dgn MR.S :)
Curve 9300.
MR.S pon dah tak pakai Nokia die. 
Hah BB tu pon sebenanye jadi pembakar semangat jugaklah untuk aku struggle sem ni. Heheh.

Cerita lain...ermm yea cerita pasal study aku.
Sem nie semua subject tak pernah tak membusykan aku.
Everyday adeeee je koje nye. Heheh.
Paling aku menyampah, drawing. Nak melukis tu betul2 kene ade mood.
Kalau tak, memang tak jadi laa drawing aku.
Setakat nie semua drawing aku menjadi kot.



Lagi...haa lab report.
Sem nie ade 3 subjects yang ade lab.
Bile dapat minggu yang aku kene buat tige tige lab tu, memang tak tidur lah.
Serious!
Penat sebenarnye tapi bile dah siap tu, terase kelegaan and kepuasan di situ. Tak tipu :)

Cerita lain...ermmm...ha..nak habaq mai yang duit PTPTN aku dah pun habis.
Betol2 setengah sem je boleh guna.
Teruk kan aku berbelanja tapi takpelah.
Atleast aku belanja untuk makan je.
Sem nie tak banyak sgt kot aku blanje untuk benda tak faedah. Hee :)
Baju pun aku beli yang murah-murah kat tepi-tepi jalan tu je. Hoho !
*Keterlaluan di situ.

Okay next entry >>>> :)








Thursday, 6 September 2012

Im Gonna Miss U





Im gonna mishh u !

Hangout hangout hangout !

Assalamualaikum..
Alhamdulillah akhirnya tercapai hajat nak berjumpa dengan classmate mase sekolah rendah dulu :)
Qurratu and Fadhillah :)
Perangai depa masih seperti dulu. Happy sangat dapat jumpa semula tadi :)

After sekolah rendah dulu, kami 3 orang terpisah.
Qurratu di SMK Agama Pahang while Fadhillah di SMK Sri Rompin.
Aku pulak di SMK Muadzam Shah je. Heheh.
Tapi if ade mase lapang, memang kami akan jumpa.
Cume now masing-masing agak busy plus masing-masing sangat jauh.
Terutama aku.Hahah.

with Qurratu dengan minyak jagungnya. Heheh !

Now, Fadhillah study di UITM Jengka, Pahang while Qurratu sedang tunggu flightnya ke Jordan.
Further study kat negara orang tuuu. Hoho.
The flight suppose to be yesterday kot but there's some problem then it delay to maybe next Tuesday.
Yea Im sorry for her.

and Iela yang always sempoi but sweeeet :))

Pape pon, lepas nie dah susah nak jumpa and semoga selamat sampai, selamat berada di sana and selamat kembali ke tanah air lagi 2 tahun.
Selamat selamat selamat yea :)

Erm tadi kami just lepak di Jentayu Kopitiam, restoran milik abang Fadhillah :)
Lame jugak la kami sembang.
Sambil melayan anak saudara Fadhillah ni. Heheh.

geram dengan ini boodak ! style mesti nak macam orang besar. ish :)

Then kami shopping jap kat bandar.
Pkol 9, Fadhillah hantar aku ke rumah.

Yea nice moment actually cz dapat jumpe semula dgn kawan-kawan lama kan.
Semoga bertemu kembali yea kawan-kawan :)


Nah ! Salam rindu dan salam sayang dari Farah :)
xoxox !




Wednesday, 5 September 2012

Bila Lelaki Bercerita Tentang Perasaan

Hai Hai Hai !
whoa esok aku nak balik dahhh. So online puas-puas lah hari nie. Yeayy!

Lately aku dah rajin sikit online facebook.
Bukan ape, nak tau update2 pasal PPK aku je.
Nak tulis status bagai memang malas lah kan.Baik tulis kat Twitter je.
Hee :)

And semenjak aku rajin online Facebook nie, ramai jugak yang IM aku.
Common question :
" Buat ape tu?"
"Bile balik Wang Ulu?"
"Balik dengan ape?"

Dah hampir 100kali aku jawap benda yang sama. Heheh.
Tak marah pon malah suka masih ade yang caring pasal aku. Hee :)


motif gambar?? entah !

Tak kurang jugak yang luahkan perasaan depa kat aku.
Eh bukan perasaan depa TERHADAP aku ye. Ade beza di situ.
Hee :)
Maksudnye nak share problem pasal aweks2 diorg.
Aku suke jadi pendengar sebab aku sendiri pernah berada di tempat awek diorg.
Dah name pon perempuan kan.
Tapi untuk cuba nak selesaikan masalah diorg, aku just mampu bagi pendapat je la berdasarkan ape yang aku pernah alami.

Tapi kan...boys nie sweet sangat bile diorg ade masalah dengan orang yang dia sayang.
Nampak sangat yang dia betul-betul sayangkan perempuan tu.
Yea untunglaa :))
Cuma kadang-kadang girls ni susah nak percayakan lelaki.
Termasuklah aku.
Percaya tu memang laa tapi taknak tunjuk sgt kepercayaan tu.
Bahaya taw. Hahah !

motif gambar??pikir sendiri la ! :)

Okay chow :)





Countdown : 2days TO GO

Hai guys :)
Masanya hampir tiba untuk aku berangkat ke Perlis Indera Kayangan.
Wang Ulu dah macam memanggil-manggil nama aku.
Wahhh. Haha. Puitis sangat tuh.


terbalik?? haa rotate pakai tengkuk sendiri la ye. hee :)

Whoa macam tak percaya tinggal esok je aku kat rumah ni.
But 3months is enough for me menghabiskan masa di rumah. Hee :)
Tak sabar sebenarnya berjumpa dengan kawan-kawan tersayang.
And of course yang tersayang di sana setia menunggu aku. Sabar ye :)

Maybe aku akan sampai dalam jam 8 pagi Sabtu.
And agak kecewa MR.S tak dapat ambil aku bcz dia busy dengan pemilihan Suksis?
Ermm something like that laa.
Takpelah. Before nie pon aku naik teksi je sengsorang.

Sebenarnya aku memang tak sabar nak sampai di bumi Perlis tu bcz byk jugak hal kena settlekan.
Hal yang pling penting, aku kena ambil IC di JPN Perlis.
Then, aku kena settlekan bil Celcom.
Plus, card bank CIMB aku tak settle lagi. Still stuck gara-gara purse hilang.
Hoh!
lagi...lagi....ermmm the most important thing !
Aku kena study hard and smart untuk up kan lagi pointer aku.

Tinggal 2 hari lagi nie sepatutnye aku dah start packing-packing baju semue kan.
Tapi macam biase, aku buat relax je dulu.
Nanti baru la feel sikit kan. Erk!

Aku just menyibukkan diri tgok portal UNIMAP, group PPKAS, group BUILDING.
Konon carik info sikit laa.
Mane tau ade ape-ape update kan.
But aku selesai buat timetable untuk second year punye.
And bakal ditampal di dinding. Heheh.

Okay chow dulu yea !


Salam Rindu :)

Hola !
Ermm ermmm tadi kan...tiba-tiba aku tgok profile sorang member Indonesia aku ni.
Novi namenye.
Di Surabaya dulu, dia lah yang selalu temankan aku di High Point Appartment if aku bosan2 kat 2nd floor tu.
Hehe.
Mereka mereka yang duduk kat High Point mesti tau kenapa suke sangat lepak kat 2nd floor kan :)
Ermm ermm..Sebenarnye aku rindukan dia, nasihat dia, gelak dia and semua la.
Hahah. Bcz dia seorang yang sangat matang even baru je umur 19tahun.
Hidup dia penuh dengan kata-kata semangat.
No wonder dalam usia yang macam tu, dia dah boleh survive sendiri.
Kalau aku, still bergantung dengan parents lagi terutama pasal kewangan.
Tapi dia, dah boleh tinggal di apartment, hasil penat lelah dia bekerja.
Wow!

1 benda yang aku takkan lupa.
Dia pernah berkata :

Jangan Cari Lelaki Yang 10P :

Pergi Pagi Pulang Petang Pendapatan Pas Pasan Potong Pajak Pula.

Carilah Suami Yang Mencintaimu Dengan HATI
( HARTA DAN PROPERTI )

Maka Dia Akan Memberimu CINTA
( CINCIN DAN PERMATA )

Maka Hidupmu Akan TERURUS
( TERIMA UANG TERUS )

Yea itulah antara kenangan dari Indonesia yang aku still ingat :)
Semoga bertemu kembali yea Novi :)


Haa..Novi yang pkai spec tu :)
Cantik kan :)
ermm gamba aku takde dlm tu. bcz mase tu aku tgh practice menari.
huu :(
cake sebelah tu Novi belanja kami.
Die beli di House of Chocolate, Surabaya.
Best taww :)

Okay Novi..
Salam rindu dari Farah di Malaysia :)



Tuesday, 4 September 2012

Yeay Surat Amaran !

Hyi !
Owh what a day !
Baru je semalam aku and member2 cakap pasal duit PTPTN.
Semangat giler konon dengar2 sabtu nie duit dah masuk.
Yea semalam seronok la.
And tadi aku dikejutkan dengan surat amaran dari Celcom.
Owh shit.
RM 273.80 tu bukan sikit untuk aku bayar dalam tempoh 14 hari bermula dari tarikh notis.
And yang paling mengejutkan lagi tarikh notis adalah pada 26 Ogos 2012.
Hebat !
Why tak hantar surat tu bulan depan je?
Damn.
Aku nak sedapkan hati, maybe 14 hari tu dikira waktu hari bekerja je.
Maybe.
Then aku pon call dia tadi bcz benda ni mane boleh agak-agak.
Mampus aku kalau kene masuk court.
Hahah!
Owh rupenye Sabtu and Ahad pon dikira jugak.
Means aku kena bayar before ahad ni and today dah hari rabu.
Damn lagi. Huh.
So kesimpulannya, aku kena bayar gune duit PTPTN untuk sementara waktu.
Okaibai.


Hanya Entry Biasa

Assalamualaikum :)
Macam tersangat lama sebenarnye tak ber-Facebook, ber-Twitter, ber-Skyping, ber-WhatsApp, ber-blogging dan semua yang berkaitan dengan online.
Bukan malas ke ape tapi lepas guruh haritu, modem terus tak boleh nak turn on and langsung tak dapat nak connect internet.
Malang sungguh. Huhu.
Yea my mistake sebenarnye.
But now, thanks to Asrul yang dah tolong orderkan modem untuk aku. Hee :)
And thanks jugak sebab dia yang tolong settingkan modem untuk aku kat rumah nie :)

Oh yea. Kebetulan modem aku ni rosak pade hari aku kena register subjek.
Memang tak tentu arah jugak lah kan.
Nasib baik ada MR.S yang tolong aku register subjek since password and username aku dah memang dalam kepala dia.

Itu lagi satu hal yang agak memeningkan kepala.
Aku rase macam banyak sangat subjek yang kena ambil.
Sampai total kredit semua 19.
Nampaknye subjek Mechanics memang aku kena ambil tahun depan la. Shit.

Okay tu antare subjects yang aku akan ambil sem ni.


 EAT212
 Mekanik Tanah[Soil Mechanics]
 EAT250
 Lukisan Kejuruteraan Bangunan[Building Engineering Drawing]
 EAT251
 Teori Struktur[Structural Theory]
 EAT252
 Kejuruteraan Mekanik Bendalir[Fluid Mechanics Engineering]
 EQT203
 Matematik Kejuruteraan III[Engineering Mathematics III]
 EUW112
 Bahasa Inggeris Asas[Foundation English]


Yang Foundation English tu katenye if dah amek Technical Communication mase kat Indonesia baru nie, dah tak payah ambil dah English tu.
Nyesal aku tak ambil. Huuu.

Okaylah. Sebenarnye dah berjam dah tulis benda nih cume tak publish je lagi.
Sibuk berIM sangat kan. Hee :)
Okay next entry :)




Friday, 31 August 2012

Happy 55th Independence Day

Assalamualaikum :)
To all Malaysian, I wanna wish Happy Happy Happyyyy 55th Independence Day :)


Yea sincerely from my heart, I'm really really proud to be Anak Malaysia :)
Nothing much to say, just wishing the best for Malaysia.
Guys! a.k.a Generasi Y !
Lets move forward and help THEM develop our beloved country :)

Tak payah nak bersih sangat if your mind still kotor dijajah lagi :)

I M 4 U :)
I loveee MALAYSIA !




Tuesday, 28 August 2012

Selamat Kembali

Ucapan ini khas ditujukan kepada MR.S.
Yea selamat kembali ke Unimap yea. Heheh.
Awal betol dia balik.
Tapi nak buat macam mana.
Banyak tugas Suksis yang dia kena siapkan katenye.

Saya menyusul 8th September nanti yea.
Tunggu kepulangan saya :)